Friday 21 February 2014

Atasi kegemukan dengan vitamin Shaklee


Rakyat Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis masakan dan makanan. Kebanjiran makanan yang pelbagai ini banyak menyumbang kepada masalah kegemukan andai tidak di kawal corak dan jenis pemakanan yang diambil.

Kebanyakan makanan yang terdapat di Malaysia mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi dan kandungan lemak yang banyak. Makanan-makanan ini boleh menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit.

Obesiti adalah permulaan bagi banyak jenis penyakit yang akan menyusul selepasnya. Bagi mengatasinya bermacam cara dilakukan. Tanpa aturan yang betul kesudahnnya adalah “kosong”. Maksud saya adalah tanpa bimbingan dan diet yang betul obesiti tidak akan dapat diatasi

Apa yang perlu dilakukan bagi mengatasi kegemukan?


1.      Jawapannya bermula dengan niat dan tekad. Tanpanya masalah ini tidak akan dapat diatasi.

2.      Banyakkan melakukan senaman. Pastikan senaman dilakukan secara berterusan dan teratur. Jangan terlalu menekan diri dengan senaman-senaman yang lasak secara tiba-tiba. Mula dengan senaman ringkas terlebih dahulu, tetapi pastikan ia berterusan!

3.      Banyakkan minum air. Badan memerlukan banyak air untuk membuang segala kotoran yang ada dalam tubuh. Pastikan anda minum dengan banyak bagi mengelakkan dehidrasi. Kekurangan air akan melambatkan diet anda.
 
4.      Amalkan pengambilan vitamin dari bahan semulajadi. Suplemen perlu diambil dalam dos yang bersesuaian. Elakkan mengambil suplemen yang berunsur toksik. Ini untuk mengelakkan kesan jangka panjang pada tubuh anda. Cadangan saya cuba produk vitamin dari Shaklee yang mempunyai pelbagai jenis vitamin yang fokus ke arah masalah yang anda hadapi. Penghasilannya juga dari bahan semulajadi.

5.      Makan secara teratur. Elakkan pengambilan makanan pada waktu larut malam. Pastikan anda makan awal dan cukup masa untuk makanan hadam sebelum anda tidur.

6.      Amalkan berpuasa sunat. Puasa mendidik tubuh dan amat bagus untuk kesihatan. Diet anda menjadi lebih berkesan andai anda dapat mengamalkannya.

7.      Rancang jadual pemakanan anda.  Bagi yang mahir dengan pengiraan kalori dalam makanan, anda boleh merancang sukatan yang diperlukan bagi setiap hari.

Semoga sedikit sebanyak tip ini dapat membantu anda dalam berdiet secara sihat. Kesihatan adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Maka jagalah ia dengan seeloknya.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini?
Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Setiap produk yang dibeli dari kami akan disertakan dengan kaedah pemakanan dan nasihat berkaitan dengan penyakit yang dihidapi.
Hubungi 0129624079 SMS/WhatsApp

“Kesihatan anda kebahagian kami”
read more

No comments:

Post a Comment

You may also like these stories

Rahsia kesihatan semulajadi