Wednesday 22 January 2014

Masalah obesiti. Punca dan cara mengatasinya



Obesiti atau masalah berat badan berlebihan. Obesiti merupakan masalah yang biasa terjadi di Negara yang membangun dan maju. Masalah ini seperti tiada penghujungnya. Ini kerana peningkatan taraf hidup mengubah corak kehidupan dan cara kita menggunakan tubuh badan. Contohnya pada masa nenek moyang kita dahulu, kehidupan yang berbeza dilakukan oleh mereka. Mereka banyak menggunakan kekuatan tubuh untuk menyara hidup. Pekerjaan seperti menanam padi dan menoreh getah adalah pekerjaan biasa bagi mereka.

Peningkatan masalah obesiti di Malaysia adalah membimbangkan. Ini kerana berdasarkan Kajian Keutamaan Nutrisi di Malaysia, terdapat peningkatan 13.6 peratus kes obesiti di kalangan mereka.

Malaysia juga dikategorikan sebagai negara ‘paling gemuk’ di Asia Tenggara. Hari ini, menurut statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, 15.1 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti. Keadaan itu meletakkan kita pada kedudukan nombor enam di Asia, mengalahkan beberapa buah negara Asia Barat yang secara tradisinya dianggap ‘negara gemuk.’

Menurut kajian itu juga, 2.6 juta rakyat kita digolongkan sebagai obes, dan hampir setengah juta rakyat di bawah 18 tahun yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Negeri yang paling tinggi kadar obesiti ialah Perlis (21.7 peratus), diikuti oleh Melaka (17.7), Selangor (17.1) dan Kelantan (16.2). Sabah berada pada kedudukan paling rendah kadar obesiti penduduknya (10.5 peratus) menjadikannya negeri yang paling sihat.
(sumber berita harian)

Obesiti merupakan fenomena global pada masa kini. Satu pertiga daripada mereka yang mempunyai masalah berat badan tinggal di negara-negara membangun. Lebih 300 juta manusia di dunia hari ini dikategorikan sebagai obes. Di China, lima peratus rakyatnya dikategorikan sebagai obes, malah kadar di bandar melebihi 20 peratus. Ironinya China pernah mengalami masalah kebuluran yang serius, tetapi kemajuan ekonomi hari ini menimbulkan masalah kesihatan akibat makanan berlebihan.

Apakah punca Obesiti?

  1. Perubahan cara hidup. Manusia makan pada masa yang tidak sesuai dan tidur selepas makan.
  2. Peningkatan makanan-makanan yang tidak seimbang.
  3. Peningkatan taraf hidup mengubah cara pemakanan.
  4. Kurang aktiviti fizikal seperti senaman.


Apakah kesan Obesiti?

  1. Peningkatan penyakit berkaitan kardiovaskular.
  2. Kesukaran melakukan aktiviti harian disebabkan berat  badan berlebihan.
  3. Menghadapi masalah dengan sendi tulang. Berat badan tidak dapat ditampung oleh tubuh.
  4. Masalah kolesterol
  5. Masalah darah tekanan darah tinggi.
  6. Masalah kencing manis atau diabetes.
  7. Masalah darah tinggi


Bagaimana mengatasinya?

Pelbagai cara sebenarnya boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Obesiti berpunca dari sikap kita. Maka mengatasinya bermakna kita perlu mengubah sikap kita.

  1. Kurangkan makanan yang tidak berkhasiat
  2. Banyakkan aktiviti beriadah atau bersenam.
  3. Kawalan terhadap tabiat pemakanan mereka juga perlu diketatkan. Makanan yang mereka makan harus diawasi.
  4. Makan makanan yang berkhasiat atau suplemen yang mempunyai banyak kandungan vitamin dan mineral bagus untuk tubuh.


Apakah suplemen yang bagus untuk masalah Obesiti?

Jika anda ingin mencuba suplemen yang bekhasiat dan tinggi kandungan zatnya saya cadangkan anda untuk mencuba produk Shaklee.

Produk Shaklee menggunakan 100% bahan semulajadi.

Tiada bahan kimia yang dicampurkan untuk mempercepatkan tindakbalas kepada sesuatu penyakit. Bahan kimia sebenarnya dalam jangkamasa panjang akan memudaratkan tubuh badan. Keseimbangan tubuh badan akan terganggu kerana badan dimasukkan dengan bahan yang tiada kaitan dengan perkembangan tubuh badan. Akhirannya lebih penyakit yang dapat dari yang disembuhkan.

Wassalam,

Apa yang baik boleh dikongsikan bersama.

“Ilmu itu milik Allah jua, Kita hanya penyampainya”


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee?
Boleh hubungi 0129624079 SMS/WhatsApp
InsyaAllah kami akan membantu.
read more

No comments:

Post a Comment

You may also like these stories

Rahsia kesihatan semulajadi