Tuesday 21 January 2014

Mengatasi masalah kurang selera makan di kalangan kanak-kanak

Lazim kita dengar ibubapa yang runsing dengan masalah anak-anak yang kurang makan atau tiada selera untuk makan. Kanak –kanak pada asasnya memang mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana tubuh badan kanak-kanak yang kecil dan saiz perut yang tidak dapat menampung banyak makanan.

Kanak-kanak yang sedang membesar mempunyai sifat ingin tahu yang kuat dalam diri mereka. Maka seboleh mungkin mereka akan melakukan sesuatu aktiviti itu sehingga lupa tentang makan.

Anak anda minum susu atau mengambil supplement?
Saya sarankan anda tidak perlu terlalu risau jika anak-anak kurang makan makanan berbentuk pepejal. Ini kerana, kandungan nutrien dan zat yang terdapat dalam susu mampu mengenyangkan mereka.

Bila anda perlu risau jika anak kurang selera makan?
  • Kesihatan merosot atau murung
  • Kurang bertenaga untuk melakukan sebarang aktiviti

“Saya dah cuba macam-macam tapi anak tak mahu makan juga”
Keadaan ini boleh berlaku kepada semua ibubapa. Punca keadaan ini berlaku pada pendapat saya:

  1. Terlalu banyak makan makanan ringan sebelum mengadap makanan utama.
  2. Memasak makanan yang sama/tiada variasi dalam hidangan.
  3. Selalu menjanjikan sesuatu setiap kali meminta anak makan. Cth: hadiah aiskrim jika makan habis..(anak jadi taksub dengan hadiah hingga makan dalam kuantiti yang sedikit)
  4. Awalkan waktu makan. Cth: makan malam dipercepatkan agar anak tidak mengantuk atau dikejutkan dari tidur untuk makan.
  5. Bermain dengan makanan. Cth: menyuapkan makanan ketika anak sedang bermain. Biarkan anak terus bermain, tetapi dalam masa yang sama suapkan makanan ke mulut anak.
  6. Guna kaedah memujuk. Cth: Jika anak sudah besar dan mampu berfikir, cuba nyatakan kepentingan makanan. Nyatakan apa kesan jika kurang makan.

Secara keseluruhannya anak-anak perlu disuruh dan diberikan makanan yang berkhasiat. Kekurangan nutrisi dan zat dikalangan kanak-kanak adalah bahaya dan boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Antaranya:

  • Pembesaran terbantut
  • Sembelit
  • Masalah kulit.
  • Masalah perkembangan sistem saraf dan daya imuniti melawan penyakit

Bagi ibubapa yang menitikberatkan kesihatan anak dan yang masih tercari-cari supplement yang sesuai untuk kanak-kanak saya sarankan boleh lah mencuba produk dari Mealshake Shaklee. Produk ini terbukti mempunyai banyak khasiat dan mampu membekalkan pelbagai nutrisi pada kanak-kanak

Antara kebaikan Mealshake Shaklee ini ialah : 
  1. Rasa vanila yang digemari kanak-kanak.
  2. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  3. Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  4. Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  5. Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  6. Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  7. Meningkatkan selera makan anak
  8. Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  9. Berbentuk “powder” bukan “tablet”
  10. Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  11. Bagus untuk kanak-kanak yang obesiti.

Anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Boleh hubungi
012-9624079 SMS/WhatsApp
Kami boleh membantu setakat yang termampu..InsyaAllah..apa yang baik kita kongsikan bersama.

“Jazakallahu Khairan”
read more

No comments:

Post a Comment

You may also like these stories

Rahsia kesihatan semulajadi