Friday 24 January 2014

Suplemen dan keberkesanannya

Dewasa ini ramai mengambil suplemen tambahan untuk memastikan kesihatan diri terjaga. Pelbagai jenis suplemen berlambak di pasaran dengan pelbagai gaya dan jenama.

Sejauh mana berkesannya?
Ramai yang bertanya keberkesanan setiap jenis produk dan secepat mana hasil tindakbalasnya. Perlu difahami oleh semua, tidakbalas sesuatu suplemen tidak boleh terlalu cepat berlaku dan perubahan tidak terjadi sekelip mata atau secara drastik. Jika ini terjadi maka suplemen yang diambil mempunyai sesuatu ramuan yang pastinya merbahaya kepada tubuh manusia jika diambil dalam jangkamasa panjang.

Contohnya jika seseorang mengalami masalah berat badan berlebihan. Jika selepas mangambil produk terus turun dengan mendadak berat badan pastinya sesuatu yang luar biasa kan?

Maka harus dikaji dan diteliti kandungan yang terdapat dalam suplemen yang diambil itu.
Sesetengah produk suplemen dicampurkan dengan dadah seperti morfin, nikotin untuk memberikan kesan segera kepada tubuh badan. Pengambilan berterusan produk begini pasti akan mengundang masalah di masa akan datang.

Adakah pengambilan suplemen sia-sia dan membazir?
Terdapat kajian yang dijalankan oleh beberapa pengkaji yang mengatakan tiada guna ambil suplemen kerana hasilnya kosong. Pendapat mereka salah.

Dr. Bahrain Samah,seorang Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawat Dengan Herba – Cegah Demam & Flu. Beliau mengatakan penggunaan vitamin sebagai suplemen tambahan adalah bagus dan baik. Penggunaan sumber semulajadi tidak akan memudaratkan tubuh badan disebabkan tiada unsur bahan kimia buatan.

Vitamin yang terhasil daripada bahan semulajadi telah digunakan sebagai ubatan beribu tahun lamanya. Maka keberkesanannya sememangnya telah terbukti. Contohnya Alfalfa sejenis tunbuhan yang ditanam sebagai penggilir tanaman akhirnya dikaji dan mempunyai kadar protein, mineral dan  kalsium yang tinggi. Alfalfa banyak digunakan untuk mengubati masalah berkaitan pencernaan, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, masalah pundi kencing dan masalah gastrik.

Maka dapat dikatakan di sini, jika sumber semulajadi tidak baik untuk kesihatan mengapa ia telah digunakan beribu tahun dahulu.

Kesimpulannya, pengambilan vitamin dan suplemen berasaskan sumber semulajadi tidak memudaratkan diri si penggunanya. Yang mendapat mudarat adalah kilang-kilang yang membekal ubat moden yang kekurangan keuntungan di dalam kantung syarikat mereka.

Wassalam,

“Dr Shaklee merupakan di antara pengkaji yang percaya tentang sumber semulajadi mampu memulihkan kesihatan manusia. Produk kesihatannya telah digunakan seawal tahun 50an lagi”. Produk yang dihasilkan telah membantu memulihkan pelbagai masalah kesihatan dengan penggunaan sumber semulajadi.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee?
Boleh hubungi 0129624079 SMS/WhatsApp
InsyaAllah kami akan membantu.

“manusia berusaha, Allah jua yang menyembuhkannya”
read more

No comments:

Post a Comment

You may also like these stories

Rahsia kesihatan semulajadi